Friday, November 20, 2009

Bandar Penawar


Ingin mengenali lebih dekat mengenai Bandar Penawar?Teruskan membaca dan anda akan dapati ia sememangnya tempat yang menarik!Kawasan Bandar Penawar berkedudukan di tengah-tengah Wilayah Kecil Pengerang.Ia merupakan sebuah kawasan bandar baru yang terletak di bahagian selatan negeri Johor.Namanya diambil bersempena dengan nama sebuah tanjung iaitu Tanjung Penawar.Ia terletak 2 km dari kawasan Bandar Penawar yang merupakan kawasan pertanian keseluruhannya.Pertanian yang biasa diusahakan adalah kelapa sawit.